HUTAN DI MALAYSIA DAN KEPENTINGANNYA
a).Sumber Pembalakan.
Kegiatan pembalakan merupakan sumbangan terbesar hutan kepada penduduk di Malaysia terutama sekali di kawasan luar bandar. Kegiatan ini telah dapat meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar. Selain itu, ia juga telah berjaya memberi sumbangan kepada ekonomi negara. Malah kegiatan pembalakn ini juga telah mewujudkan banyak kegiatan perindustrian yang berasakan kayu. Di samping kayu gergaji dan papan lapis, terdapat pelbagai industri berasakan kayu di Semenanjung Malaysia. Ini temasuklah kayu kurlai, perabot daripada kayu dan rotan, pertukangan tangan, kotak dan pembuatan perahu serta sampan.(Mohd. Shahwa Hj. Othman. 1995).
Di antara kayu balak yang dikatakan sangat bermutu tinggi ialah kayu keruing (Diapterocarpus Palenbanica), meranti (Shorea Leprosula), waringin(Ficus Benjamina) dan sebagainya. Pokok-pokok ini akan di tebang dan dijadikan sebagai kayu balak. Kayu balak biasanya akan diproses di industri-industri yang memproses kayu. Sebilangannya akan dieksport secara mentah ke negara-negara luar seperti Jepun, Korea, Taiwan dan sebagainya.
Hutan paya bakau pula, kegiatan pembalakan adalah agak kecil. Kayu bakau dari jenis Bakau (Rhizopora), Berus/Tunu (Braguiera), dan Api-api (Avicennia) digunakan untuk membuat alang-alang dan tiang dalam pembinaan rumah. Kayu bakau dari spesis Rhizopora dan Avicennia akan digunakan untuk menghasilkan arang yang berkualiti tinggi. (Sreetharan Kanthaswary e.t al 1994).
b)Sumber Perubatan
Hutan juga boleh dikatakan sebagai sumber perubatan tradisional. Ini kerana terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang boleh dijadikan ubat-ubatan. Malah pada masa kini, ubat-ubatan yang diperolehi dari hutan ini sudah mula dipasarkan secara besar-besaran seperti Tongkat Ali, Kacip Tun Fatimah dan sebagainya.
Di hutan terdapat juga pelbagai jenis paku-pakis yang sangat berguna kepada manusia dari segi nilai perubatan. Contohnya ialah paku-pakis seperti Tunjuk Langit (Helminthostachys zeylanica) yang boleh dijadikan sebagai sumber perubatan untuk mengubat penyakit batuk rejang dan juga penawar sakit lemah syahwat. Paku-pakis seperti Penawar Jambi (Cibotim barometz) pula boleh digunakan sebagai penawar penahan darah.
Pokok bakau mempunyai banyak kegunaan dari segi perubatan. Kulit dari pokok Rhizopora boleh digunakan untuk merawat keretakan tulang, mengubati ceret-beret dan juga boleh memberhentikan pendarahan. Sementara itu, kulit pokok Tumu / Berus (Bruguiera) biasanya dihancurkan untuk mendemah bahagian luka. Cecair buah pokok Perapat (Sonneretia) boleh mengubati pendarahan akibat buasir.( Sreetharan Kanthaswamy et al. 1994).
Selain itu, terdapat juga haiwan dan serangga di hutan yang boleh membekalkan sumber perubatan. Contohnya, ular-ular yang berbisa, hempedunya sangat berkesan untuk menambah tenaga batin. Madu lebah pula boleh digunakan untuk mengubati penyakit batuk.
c)Sumber Makanan
Dari segi sumber makanan, hutan memang banyak menyimpan sumber makanan yang boleh dimakan oleh manusia. Ini terbukti dengan kegiatan manusia yang sering memburu binatang untuk dijadikan makanan. Sehingga sekarang ini, masyarakat Orang Asli masih memburu binatang untuk dijadikan sumber protein. Binatang sering menjadi mangsa buruan adalah seperti pelandok, rusa dan kijang. Selain itu, burung juga menjadi buruan mayarakat Orang Asli. Mereka menggunakan sumpitan untuk membunuh burung. Selain itu, terdapat juga kegiatan memungut sarang burung layang-layang di dalam gua yang terdapat di hutan. Sarang burung ini sangat tinggi nilai proteinnya.
Di hutan terdapat pelbagai jenis paku-pakis yang boleh dijadikan sayuran untuk dimakan. Contohnya Athyrium esculentum, dijadikan sebagai sayur-sayuran dan dijual di pasar dengan nama pucuk paku.(Abdul Aziz Bidin 1986). Selain daripada kegunaan perubtan, paku-pakis seperti Tunjuk Langit (Helminthostachys zeylanica) boleh dijadikan sebagai sayur-sayuran. Terdapat juga rebung daripada buluh dan buah petai (Parkia speciosa) boleh dijadikan makanan.
Buah-buahan di hutan yang boleh dimakan seperti buah kapulasan (Nephelium mutabile), durian liar (Durio oxleyanus), cempedak atau nangka ( Artocarpus heterophyllus) dan sebagainya. Buah-buahan ini sedap rasanya dan mengandungi zat.
Pucuk daun pokok Bakau (Rhizopora) boleh dimakan sebagai sayur, sementara kekacang pokok Api-api hitam (Avicennia alba) direbus untuk mendapatkan kacang yang boleh dimakan. Buah daripada pokok Perapat (Sonneratia) digunakan dalam pembuatan bahan minuman, sementara bahagian sap pokok nipah (Nypa fruitians) digunakan dalam penghasilan cuka dan nira. (Sreetharan Kanthaswamy et al. 1994).
d)Sumber Bahan Pembuatan dan Pembinaan
Pembinaan bangunan di Malaysia sangat memerlukan bahan-bahan yang diperolehi dari hutan untuk memudahkan proses pembinaannya. Rangka-rangka rumah biasanya menggunakan kayu untuk membuatnya. Kayu-kayu yang diperolehi dari hutan ini juga digunakan untuk membuat rumah papan, bot, pengayuh sampan, jambatan dan sebagainya.
Terdapat sejenis pokok di hutan yang dipanggil Belian (Eusideroxylon zwageri) yang sangat tahan dan keras. Kayu Belian merupakan kayu yang paling kers di dunia. Terdapat rumah yang menggunakan kepingan kayu Belian ini sebagai atapnya. Pernyataan berikut menerangkan kegunaan-kegunaan pokok Belian:
“…..without encountering floors, jetties, house post, steps and stairs, walkway, pestles and mortars, weapons and even canoe and prahu hull made from this useful tree……”(W. Veevers – Carter 1984) .
Pokok besar yang timbul boleh dijadikan pelampung kepada rumah yang dibina di atas air. Sementara pokok-pokok buluh seperti aur dan buluh betong boleh digunakan untuk membuat rakit . Kegiatan berakit ini sering dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan negeri Sarawak bagi menggalakan industri.
Di hutan paya bakau, pokok-pokok bnakau ditebang dan digunakanuntuk pembinaan jalan raya di kawasan berpaya memandangkannya tahan air. Kulit beberapa jenis spesies kayu bakau digunakan untuk menghasilkan tanin dan bahan pelekat untuk pembuatan plastik. Pokok bakau juga digunakan dalam pembuatan klong untuk memerangkap ikan.
e)Sumber Kraftangan dan Perhiasan
Sumber bagi pembuatan kraftangan dapat diperolehi daripada hutan. Contohnya Buluh Betong (Dendrocalamus asper) boleh dibuat alat muzik yang dipanggil angklung. Buluh Semantan (Gigantochloa scortechinii) boleh digunakan untuk membuat bakul, tikar, tabung, bidai dan sebagainya. Manakala Bemban (Donax arundastrum) pula boleh digunakan untuk membuat tikar.
Banyak rumah kediaman yang menanam Buluh Pagar (Bambusa glaucescens) di sekeliling rumahnya sebagai perhiasan.Selain itu paku-pakis yang terdapat di hutan ditanam di dalam pasu bunga untuk mencantikkan kawasan rumah. ContohnyaPaku Gajah (Angiopteris evecta), Akar Ru (Lycopodium carinatum)dan sebagainya. Pokok orkid juga turut ditanam sebagai perhiasan di rumah-rumah.
Daun-daun nipah yang bersaiz besar dan mudah dilentur digunakan dalam penganyaman tikar, atap, bakul dan juga rokok daun. (Sreetharan Kanthaswamy et al. 1994).
Pokok-pokok rotan yang matang boleh dibuat perabot. Banyak rumah mewah yang menggunakan perabot rotan sebagai pelengkap hiasannya. Pokok-pokok rotan boleh dibuat tikar yang mahar harganya. Orang-orang zaman dahulu kebanyakannya menggunakan rotan untuk membuat kerana tiada paku pada masa itu.
Para pemburu pula sering menjual perhiasan yang diperbuat daripada bahagian badan haiwan seperti tanduk rusa, gading gajah, kulit harimau bintang dan tupai. Manakala peminat rama-rama, suka menangkap rama-rama di hutan untuk dijadikan koleksi. Rama-rama ini akan diawet dan disimpan.
f)Tempat Penyelidikan, Pendidikan dan Pelancongan
Pada masa kini ramai pengkaji dan pencipta alam yang menjadikan hutan ini sebagai tempat penyelidikan mereka. Hutan ini boleh dijadikan sumber rujukan untuk proses pembentukan danperkembangan geografi serta ekologi pada masa dahulu dan sekarang. Penyelidikan ke atas kawasan hutan boleh mendatangkan penemuan-penemuan yang berkaitan dengan kegiatan manusia terutamanya yang berkaitan dengan pengumpulan sumber-sumber semulajadi. Sebagai contohnya, kajian ke atas sampel tanah di hutan paya bakau boleh meningkatkan kefahaman seseorang mengenai topografi, corak pemendapan, lingkupan pasang-surut dan juga perubahan aras laut bagi jangka masa panjang.
Keadaan yang unik, nyaman, indah dan semula jadi di persekitaran hutan merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang ingin menghilang kan rasa ketegangan akibat kesibukan di bandar-bandar besar. Keindahan rangkaian lorong-lorong di hutan yang merangkumi sungai utama dan anak-anak sungai serta pelbagai jenis hidupan liar adalah amat menarik. Para peminat hidupan liar boleh melihat burung-burung berterbangan dan binatang-binatang liar yang lain.
Di kawasan hutan yang dijadikan tempat pelancongan akan disediakan pusat penerangan pelancongan, tempat pejalan kaki dan buku-buku panduan agar meningkatkankefahaman para pengujung. Ini akan menggalakkan lagi sektor pelancongan yang berasaskan sumber semula jadi.
sumber oleh:http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a71493.htm